PROFAIL JABATAN /FUNGSI JABATAN

PENTADBIRAN

Kidmat Orang Awam

- Pengaduan awam
- Permohonan surat-surat sokongan
- Perkhidmatan nasihat atau rujukan sosial dan peribadi
- Kaunter pertanyaan dan pendaftaran urusan

Pengurusan Kakitangan

- Pengurusan dan penilaian prestasi kakitangan
- Pengurusan rekod perkhidmatan
- Cuti kakitangan
- Gaji dan saraan kakitangan
- Pengurusan dan peningkatan kualiti kerjaya perkhidmatan
- Disiplin dan integrity kakitangan

Protokol

-Urusetia majlis sambutan kunjungan/lawatan kerja pemimpin/pembesar
-Urusan jawatankuasa-jawatankuasa daerah

Pentadbiran Awam

- Sistem pengurusan fail
- Urusan surat menyurat
- Kebajikan dan keselamatan pekerja
- Pengurusan sistem elektronik
-Pengurusan kualiti
-Pengurusan inventori peralatan dan kelengkapan pejabat
- Penggunaan perakam waktu






BAHAGIAN HASIL

~Perlesenan - Pentadbiran Kegiatan Industri dan Komersil (Perlesenan):

- Lesen Perniagaan ( https://portal.digitalsabah.gov.my/index.cfm )
- Lesen Menjual Minumen Memabukkan
- Lesen Menjual Emas dan Barang Kemas
- Lesen Jurulelong
- Lesen Pajak Gadai dan Pemberi Pinjaman
- Lesen Bot

~Pembayaran borang sebutharga






PERAKAUNAN

- Menyediakan perintah am kerja (GWO) dan arahan pembelian tempatan (LPO) dalam tempoh 2 hari bekerja.

- Memproses pembayaran tuntutan elaun perjalanan kakitangan dalam tempoh 3 hari selepas diterima.

- Menyediakan baucer pembayaran elaun JKKK

- Menyediakan baucer pembayaran gaji pegawai/kakitangan.

- Menyediakan baucer berbagai pembayaran negeri/persekutuan.






UNIT PENTADBIRAN KAMPUNG DAN PENDIGITALAN KERAJAAN

- Mengurus hal-hal pentadbiran kampung seperti melantik ketua kampung dan JPKK yang membuat perancangan dan pelaksanaan projek / program di kampung disamping menggerakkan penglibatan komuniti setempat. Melalui JPKK, ia akan menyalurkan sebarang permasalahan atau aduan kepada pihak-pihak yang berkuasa dan berkaitan terhadap sesuatu isu yang timbul.

- Fungsi unit ini juga ialah menyediakan surat-surat rasmi dalam bentuk digital. Disamping itu ia juga mengurus hal berkaitan ICT dalam Pejabat Daerah






BAHAGIAN PEMBANGUNAN

- Sentiasa bersedia untuk menerima permohanan projek kecil luar bandar.

- Membuat pemeriksaan permohonan projek luar bandar dalam tempoh 3 hari bekerja.

- Menjawab surat permohonan projek luar bandar dalam tempoh 2 hari bekerja selepas penyenaraian, pemeriksaan dan penyediaan skop dan anggaran kos pelaksanaan kerja yang disiapkan.

- Melaksanakan Pembangunan Daerah Tuaran demi kesejahteraan warga penduduk Daerah Tuaran






UNIT E-KASIH

eKasih merupakan sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin yang diwujudkan diperingkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Sistem ini juga dijadikan rujukan oleh Kementerian/Agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan






UNIT BASMI MISKIN TEGAR

Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) mula dilaksanakan pada tahun 2022. BMTKM ini akan memberi tumpuan kepada pembasmian kemiskinan tegar dalam kalangan ketua isi rumah (KIR) dan ahli isi rumah (AIR) miskin tegar di seluruh negara pada akhir tahun 2025.

Tambahan lagi, selepas sesi PRU15 yang berlangsung pada tahun 2022, Kementerian Ekonomi mengubah nama program kepada BMT -PROGRAM BASMI MISKIN TEGAR